Bunyi Letupan Di Putrajaya


PUTRAJAYA - Penduduk Putrajaya dan kawansan sekitarnya sekali lagi diminta tidak terkejut atau panik jika terdengar bunyi tembakan meriam pada Jumaat dan Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan beri kenyataan semalam berkata, tembakan itu adalah sempena raptai penuh Hari Pahlawan pada Jumaat dan Hari Sambutannya pada Ahad yang akan diadakan di dataran Pahlawan Negara.

Beliau turut menyatakan semasa raptai itu berlangsung penuh, sebanyak dua das tembakan meriam akan dilakukan manakala pada Ahad, ia melibatkan 21 das tembakan.

Berikutan hal ini, pada 18 Julai lepas, peringatan sama turut diberikan sempena Sambutan Istiada Mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong yang turut diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 22 Julai.

Sumber : Bernama
Bunyi Letupan Di Putrajaya Bunyi Letupan Di Putrajaya Reviewed by Admin on 10:30:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.