Dekoder MYTV Yang Dijual Mungkin Tidak Sah oleh SIRIM & SKMM


Pengguna Facebook telah membuat aduan kepada MYTV Broadcasting tentang jualan Dekoder MYTV oleh individu yang tidak bertanggungjawab menjual Dekoder palsu. Walaupun promosinya menarik perhatian pengguna yang tidak sabar menanti kehadiran MYTV ini. Tetapi harus berjaga-jaga kerana mungkin WARRANTY MYTV yang dijual itu tidak terjamin oleh SIRIM dan SKMM.

Kepada pengguna diluar sana. Hati-hati untuk membeli Dekoder MYTV yang tidak sah dari pengguna facebook atau Sosial Media tertentu. Maklumlah zaman sekarang nak jual apa-apa pun melalui Sosial Media sahaja. Jadi, MYTV Broadcasting telah memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan jualan sepenuhnya Dekoder MYTV mereka tidak lama lagi di kedai-kedai Elektronik di seluruh negara. Mungkin pada bulan Ogos/September ini. Pengumuman tersebut akan dimaklumkan tidak lama lagi.

BERUANG MANJA - Haaa... Mungkin korang dah tak sabar nak dapatkannya. Hehehe. Jangan tutup Astro dulu kalau korang rasa Astro tu lagi best. Ikut gerak hati masing-masing hokeyhh.
Dekoder MYTV Yang Dijual Mungkin Tidak Sah oleh SIRIM & SKMM Dekoder MYTV Yang Dijual Mungkin Tidak Sah oleh SIRIM & SKMM Reviewed by Admin on 12:07:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.