Istana Budaya Merealisasikan Erti Cinta

KUALA LUMPUR - Mengangkat predikat cinta yang sangat besar maknanya dalam kehidupan manusia dan kehidupan sejagat, Istana Budaya mengajak penonton ke 'Cinta Concert' pada 19 dan 20 Ogos 2016.

Konsert yang bermula pada 8.30 malam, menggabungkan nama-nama besar dalam sejarah dunia seni seperti Yuna, Amy Search, Noh Salleh dan Joe Flizzow serta penyanyi muda Nadira Adnan yang kini sedang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia.

Menampilkan Eddie Slam sebagai pengarah muzik dan pemuzik-pemuzik handalan, tiket-tiket untuk Konsert Cinta yang berharga RM100, RM175, RM250, RM300 dan RM500 mulai dijual pada 21 Julai 2016 di www.ticketpro.com.my dan kaunter tiket Istana Budaya.

Sumbar : Bernama
Istana Budaya Merealisasikan Erti Cinta Istana Budaya Merealisasikan Erti Cinta Reviewed by Admin on 4:04:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.