Nak Ke Orang Cina Beli Dari Orang Melayu?



Tak semua. Seperti juga Melayu bukan semua yang pemalas. Aku pula berniaga. Duit bukan hak sesuatu bangsa cuma milik mereka yang berusaha.

Foto ini cerita semalam. Aku peniaga tunggal berbangsa Melayu daripada 80 peniaga Cina. Pembeli juga majoriti Cina. Dah macam di China. Tapi ini bukan pengalaman pertama. Macam mana aku ada dalam geng Cina? Aku akan cerita di episod lain.

Pertarungan seperti biasa, sengit! Tapak aku kena hijacked jadi kecik. Kiri kanan depan belakang Vendor Otai Cina. Strategi awal sudah lari macam biasa. What's on the working paper doesn't always transpire on the real field. Bincang dengan tim kemudian ubah dan bertindak. Maka bermulalah proses berjual beli seperti biasa.

Aku tak jual banyak barang. Apa yang aku jual hanya daging lembu, ayam dan kambing bakar dengan jenama BakarlahBBQ. Peniaga lain besar gerainya dan bermacam jenis barangannya dengan kekuatan kru lebih dari 10 orang.

Persoalannya.

Nak ke orang Cina beli dari orang Melayu? Percaya ke diorang dengan produk Melayu? Kenapa kena beli dengan orang Melayu walhal orang Cina pun ada jual? Jawapan aku masih sama. Duit adalah hak mereka yang berusaha bukannya hak sesuatu bangsa.

Alhamdulillah. Barang aku semalam terjual hampir 300kg (sasaran awal 500kg) dengan kekuatan saiz tapak 5' x 5', kru 4 orang dan tempoh niaga 4 jam bersih (waktu hujan sudah ditolak) manakala harga produk RM15 minimun dan RM37 maksimum. Dalam gambar tu adalah satu daripada empat dapur bakar yang aku bawa.

Walaupun service period turnover aku pada kadar 30 saat/customer, seolah bayar sahaja terus dapat barang, barisan pembeli masih tidak mampu dipendekkan - sangat panjang. Jika aku bertembung dengan rezeki seperti ini sebelum ini, aku akan uraikan dengan membuka sehingga 3 barisan 3 kounter. Tapi kali ini berbeza. Tapak aku kecil maka opsyen tersebut tidak dapat dilaksanakan. Adapun di atas kertas, dengan saiz pasaran semalam dilayan kekuatan penuh BakarlahBBQ, unjuran pendapatan mampu mencecah sehingga lima kali ganda. Namun Alhdulillah, aku masih mampu membanyakkan kesyukuran. Di situlah pula cabaran aku berperihal ketuhanan - rezeki. Ok tu bab lain nanti aku cerita lain kali.

Nilai jualan aku semalam? Bolehlah dicongak sendiri.

Maka aku simpulkan dari pengalaman yang sedikit, produk dan kualiti tidak berbangsa. Mana yang boleh memberikan penyelesaian maka ianya akan mendapat sambutan. Begitu juga dengan komplen dan aduan. Kalau barang kita rendah kualitinya, tidak kira Melayu Cina India atau sesiapa saja akan komplen.

Tidaklah pula aku nafikan faktor kaum punya impak dan peranan, namun ianya kurang berperanan pada skala ini. Ada masa, pemikiran yang terlalu ke hadapan kurang bernilai jika dibandingkan dengan tindakan segera masa sekarang.

Semoga perkongsian ini dapatlah dimanfaatkan dari aku yang masih bertaraf peniaga kaki lima. Kalau ada yang suka lain kali aku cerita lagi.

FB : Johan Soohaimi


Nak Ke Orang Cina Beli Dari Orang Melayu? Nak Ke Orang Cina Beli Dari Orang Melayu? Reviewed by Admin on 9:57:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.