Ustaz Rotan Tiga Pelajar Tahfiz Direman


SUNGAI PETANI - Seorang ustaz ditahan reman bagi membantu siasatan kes tiga pelajar lelaki cedera dirotan di sebuah Maahad tahfiz di sini yang menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zuir Md. Isa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Parit Buntar pada 10.10 Malam tadi.

"Lelaki terbabit direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada dua pelajar terlibat berusia 12 dan 10 tahun, masing-masing berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Seorang lagi mangsa bagaimanapun belum dapat dihubungi, katanya 

Sumbar : Bernama

Ustaz Rotan Tiga Pelajar Tahfiz Direman Ustaz Rotan Tiga Pelajar Tahfiz Direman Reviewed by Admin on 3:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.