Hamil Lapan Bulan Tapi Bukan Anak


LONDON - Kerana fibroid yang tumbuh dalam perutnya, seorang wanita kelihatan sarat mengadung selama hampir lapan tahun, malah turut mengakibatkan hubungannya dengan tunangnya terputus.

Selain itu, keadaan itu turut menyebabkan Berly Romain tidak boleh mengandung.

Beryl mempunyai fibroid sebesar 18 inci yang tumbuh dan membengkak di dalam perutnya, namun tidak menjalani pembedahan kerana satu-satunya rawatan adalah untuk membuang terus rahimnya.

Disebabkan terdesakm Berly berusaha mendapatkan rawatan alternatif, malah sanggup mencari kaedah tradisional termasuk di Ghana.

Pekerja perumahan dari Essex itu berkata "Saya sentiasa ditanya bila akan melahirkan anak dan sesiapapun tidak percaya bila saya berkata saya tidak hamil disebabkan perut saya begitu besar.

Sumber : HARIAN METRO
Hamil Lapan Bulan Tapi Bukan Anak Hamil Lapan Bulan Tapi Bukan Anak Reviewed by Admin on 3:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.