Selangor Naikkan Insentif Kemenangan RM1.1 Juta.


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menaikkan bayaran insentif kemenangan atletnya di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) daripada RM958,00 kepada RM1.1 Juta.

Meneri Besar, datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan perkara itu semasa sidang media di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan pembayaran insentif itu selepas kejayaan kontinjen Selangor menjuarai temasya dwitahunan di Sarawak yang berakhir malam tadi.

"Insentif tambahan akan diberikan kepada pemenang pingat emas iaitu RM5,000 seorang bagi individu dan bagi berpasukan akan menerima RM2,000 ke RM3,000 setiap seorang.

Kontinjen Merah-Kuning sebelum ini sudah lapan kali muncul sebagai juara keseluruhan iaitu pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Mohamed Azmin turut menyampaikan titah ucapan tahniah daripada Sultan Selangor kepada kontinjen negeri itu yang berjaya mengharumkan nama Selangor.

Beliau dalam pada itu menambah kerajaan negeri juga akan menaiktaraf kemudahan sukan dinegeri itu bagi memberi keselesaan kepada para atlet

Sumber : BERNAMA
Selangor Naikkan Insentif Kemenangan RM1.1 Juta. Selangor Naikkan Insentif Kemenangan RM1.1 Juta. Reviewed by Admin on 4:00:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.