MYTV Kini Boleh Didapati Secara Percuma



Kuala Lumpur - Kepada mereka yang menanti kehadiran MYTV. Kini sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara yang layak mendapatkan secara percuma di laman sesawang mereka.

|Bagi Pemasangan|

Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

Saluran yang akan ditawarkan ketika ini adalah TV1, TV2, TV3, TV8, TV9, NTV7, TV AL-HIJRAH DAN BNC (BERNAMA).

Untuk Keterangan Lanjut Layari :
http://mytvbroadcasting.my/phase2/index.php
atau hubungi
1300-80-6988
MYTV Kini Boleh Didapati Secara Percuma MYTV Kini Boleh Didapati Secara Percuma Reviewed by Admin on 7:35:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.