Sultan Selangor Selamat Diijabkabul


Shah Alam - D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Telah Selamat Dihijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid.

Majlis Pernikahan telah selamat disempurnakan pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Majlis Pernikahan turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor Dr. haji Anhar bin Opir, Al Fadil Imam Paduka Tuan, haji Mohd Rashid bin Mahful, Mantan Timbalan Mufti Selangor, Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Majid bin Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Yang Berbahagia Dato' Salahudding bin Saidin dan bapa serta ahil keluarga pengantin perempuan.

Sumber : Kenyataan Akhbar Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M Sultan Selangor.

DIRGAHAYU TUANKU




Sultan Selangor Selamat Diijabkabul Sultan Selangor Selamat Diijabkabul Reviewed by Admin on 3:02:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.