Antara Makanan Pernah Viral Pada 2016



Antara menarik yang dapat dikongsi di sini adalah makanan yang pernah famous pada 2016 lalu. TOP 5

No.5


BIG CUP COFFEE

Dulu pernah sekali meletop di Malaysia apabila pasaran minuman dikejutkan dengan minuman bekas besar dengan harga RM5.00 sahaja. Pelbagai perisa yang dijual di luar sana seperti Mocha, Greentea dan Chocolate. Jenama yang penah dengar paling top dulu adalah Pirate Coffee.

No. 4


BOAT NOODLE

Pernah menjadi buah mulut netizen kehadiran makanan Thailand yang menjual mee menggunakan boat di sungai Bangkok. Dan menjadi ditular di media sosial apabila sebuah syarikat telah bercadang untuk membuka kedai makan yang diberi nama Boat Noodle. Semangkuk boat noodle ini takdelah mahal mana. Dalam lingkungan Rm1.90 satu dan RM2.30 satu. Tapi Abam Beruang suka makan dekat Cyberjaya. Nama kedai tu adalah Aroi. Sangat best makan kat situ. Lain orang lain cita cara dia kan...

No. 3


BURGER CHEESE MELELEH

Okay, tahun lalu Abam terdengar nama kedai burger ni. Apatah nama dia Abam lupa. Dia jual burger ni dekat Cheras tak silap Abam. Burger ni terbaik. Bila kita gigit je Cheese dia mengalir dari tengah-tengah daging/ayam burger tu. Burger macam ni takdelah mahal mana. Semua orang boleh beli. Tak silap Abam dulu burger ni berharga RM8.90. Yummyummm. Lapar pulak pada waktu ni.

No. 2


GORENG PISANG CHEESE

Tahun 2016 ini siapa tak kenal dengan Cheese. Mana-mana sahaja cheeseeeeeee je memanjang. Ayam Cheese la. KFC pun keluarkan produk manakan yang diberi nama Ayam Cheese Golden tak silap. Hahaha. Main belasah saja. Hehe. Tapi ikutkan trending Malaysia lah. Pisang Goreng Cheese ini sangat famous apabila mula dijual pada awal Februari 2016. Abam paling suka Goreng Pisang Cheese ini di Sungai Buloh. Nama kedai dia Goreng Pisang Bakar Cheese. Sangat lah best! Dia ada cawangan lain iaitu di Rawang. Jadi apa tunggu lagi. Mungkin makanan ni tak lapok. Kerana Rakyat Malaysia ni memang gemar makan. Kannnn..

No. 1


NASI KAK WOK

Nasi Kak Wok ni sangat terkenal kerana ia adalah menu rakyat mahraen. Sangat murah. Korang boleh dapat dengan harga RM4.00 atau RM5.00 satu. Benda dia simple je weyhh. Nasi putih, ayam goreng kunyit dadu, kuah kari dan sambal belacan. Simple kan? Abam paling suka makan nasi ni sebab apa mudah untuk didapati di Malaysia dan murah. Maklumlah ekonomi Malaysia ni mcm ombak. Kadang-kadang pasang, kadang-kadang surut. Jangan kering sudah. Hehehehe.

Jadi kepada anda yang ingin berkongsi pendapat anda tentang makan yang menarik. Boleh PM saya menerusi Beruang Viral Facebook. Like dan Share Post ini.

Terima kasih semua..


Gambar sumber : Google

Antara Makanan Pernah Viral Pada 2016 Antara Makanan Pernah Viral Pada 2016 Reviewed by Admin on 5:40:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.