Earphone Bluetooth Meletop Atas Kapal Terbang



Melbourne - Seorang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila alat pendengaran Earphone Bluetooth dia meletup apabila dalam pesawat dari Beijing menuju ke Melbourne.

Sebelum ini kita pernah dengar mengenai hoverboard, telefon samsung dan vape meletup di dalam pesawat ketika penerbangan dibuat. Kali ini lebih tragis apabila peralatan elektronik juga telah meletup. Sekarang kita mula sedar bahawa setiap kali pramugari mengumumkan peralatan elektronik setiap penumpang haruslah dimatikan supaya tidak menganggu perjalanan pesawat ke destinasi.

Kejadian itu berlaku disebabkan bateri earphone dia meletop. Kemungkingan disebabkan terlalu lama mengecaj earphone tersebut sebelum menaiki pesawat. Mangsa mengalamai kecederaan di bahagian dagu, pipi, telinga, muka, rambut dan tangannya melecur apabila cuba menanggalkan earphone tersebut daripada telinganya.



Zaman sekarang barangan elektronik makin hari makin canggih. Kalau makin canggih, makin besar potensi untuk berlaku kerosakan bagi setiap komponen peralatan tersebut. Juga, korang boleh dapatkan peralatan elektronik dengan murah melalui eBay serendah 5 US Dolar.



Jadi kepada anda di luar sana harus berhati-hati dengan peralatan elektronik masa kini. Patuhi peraturan-peraturan ketika menaiki pesawat ke destinasi yang di impikan agar impian anda menjadi kenangan yang anda sendiri tidak inginkan ia berlaku dalam hidup anda.

Sumber : gizmodo.com
Earphone Bluetooth Meletop Atas Kapal Terbang Earphone Bluetooth Meletop Atas Kapal Terbang Reviewed by Admin on 11:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.