Ng Pei Ven Mengaku Tidak Bersalah.



Bukit Mertajam - Remaja Perempuan, Ng Pei Ven, 19 yang memandu melawan arus minggu lalu mengaku tidak bersalah bagi tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian di Mahkamah Majistet Bukit Mertajam hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dan Majistret Jamaliah Abd Manap kemudian membenarkan remaja itu dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.

Sebelum ini, dia dituduh dimahkamah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana menggunakan dadah sejinis syabu namun tidak mengaku bersalah.

Mahkamah menetapkan 12 Mei ini bagi sebutan semula kes.

Sumber - HMetro
Ng Pei Ven Mengaku Tidak Bersalah. Ng Pei Ven Mengaku Tidak Bersalah. Reviewed by Admin on 3:20:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.