Serangan Terhadap Kami



London - Wanita Islam berdiri memegang tangan di Jambatan Westminster, 4 petan Ahad (11 malam tadi waktu Malaysia) sebagai tanda perpaduan dengan mangsa serangan di sini, 22 Mac lalu.



Kira-kira 100 wanita selain orang ramai dengan pelbagai latar belakang turu mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan oleh Women's March On London.

Sementara itu, Sarah Waseem, 57, dari Surrey berkata, serangan di London dianggap serangan terhadapnya.

"Ia serangan terhadap kami semua. Islam 'mengutuk apa sahaja keganasan. Ia sangat dibenci kami." katanya.



Kumpulan wanita itu yang memakai biru sebagai tanda harapan berdiri selama lime minit ketika jam Big Ben berbunyi memandakan waktu 4 petang.

Dalam kejadian Rabu lalu, lelaki dikenal pasti sebagai Khalid Masoon merempuh orang ramai di jambatan itu menyebabkan tiga orang awam sebelum menikam mati anggota polis, Keith Palmer.

- Daily Mail


Serangan Terhadap Kami Serangan Terhadap Kami Reviewed by Beruang Viral on 4:32:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.