Temui Ajal Dengan Si Pemandu Songsang



Pematang Pauh - Semalam dan hari ini di sosial media telah kecoh dengan tularan sebuah video dan gambar kemalangan yang berlaku di Pulau Pinang petang semalam. Sesetangah netizen menimbul rasa tidak puas hati dengan apa yang terjadi dan ada yang bersimpati dengan apa yang telah berlaku.




Kejadian berpunca daripada sebuah kereta Proton Gen2 telah melanggar sebuah kenderaan Perodua Alza terlebih dahulu. Kemudian Pemandu Gen2 tersebut melarikan diri sehingga memasuki laluan lawan arus. Video yang berjaya dirakamkan oleh saksi melihatkan kenderaan tersebut melalui lorong laju untuk  menembuskan dirinya daripada melakukan kesilapan. Dan akhirnya menjadi tragis apabila pemamdu Proton Gen2 telah melanggar kereta Perodua Kelisa (Mohamad Fandi Rosli, 26). Pemandu Perodua Kelisa dipercayai maut di tempat kejadian. Terdapat juga kenderaan lain yang terlibat seperti sebuah Proton Preve dan Van Pekerja Kilang.





Menurut sumber Facebook didapati mangsa Perodua Kelisa itu pernah ditularkan dengan gambar perkahwinan mereka yang menunjukkan mereka berkahwin mengikut adat orang kampung. Mangsa baru sahaja berkahwin selama 4 Bulan dan isterinya sedang mengandung anak pertama mereka selama 4 minggu. Ia menjadi buah mulut netizen apabila lebih menyedihkan mengetahui mangsa mempunyai isteri yang sedang mengandung.



Polis mempercayai pemandu Proton Gen2 itu dalam keadaan mabuk ketika memandu kenderaan. Kes masih dalam siasatan polis.

Pihak Beruang Viral ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan balu mangsa.

Al-Fatihah....

Sumber Facebook.
Temui Ajal Dengan Si Pemandu Songsang Temui Ajal Dengan Si Pemandu Songsang Reviewed by Admin on 11:04:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.