Seorang OKU Bekerja Di McDonald


TTDI - Azib Mior, 23 diberi peluang pekerjaan dalam industri makanan segera. Azib Mior diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas sebagai front line di Restoren McDonald TTDI.

Admin nak ucapkan syabas kepada McDonald Malaysia kerana menerima pekerja yang kurang upaya berkhidmat di dalam industri makanan segera. Bukan senang untuk mendidik Orang Kurang Upaya (OKU) ini. Tetapi pihak McDonald sendiri menawarkan latihan khas bagi pekerja OKU.

Azib dihantar bekerja di sini oleh kakaknya Atikah Mior bagi memberi peluang kepada Azib untuk mengenali dunia luar, dapat menyesuaikan diri dengan orang ramai dan meneruskan hidup Azib seperti orang lain.

"Terima Kasih Mcd bagi peluang Adik saya kerja , walaupun Adik saya ni sindrom Down serba kurang , sekurang- kurangnya McDonald beri peluang untuk anak - anak syurga macam Azib urus diri , Saya tak kisah pasal gaji yang penting Azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang Lain Terima Kasih Mcd Semoga Allah bagi ganjaran Atas niat murni bantu Anak-Anak Syurga." - Atikah Mior

Ada sebuah video yang dimuat naik dari facebook Dato' Aznil Haji Nawawi yang menunjukan Azib sedang dilatih untuk menguruskan kekemasan meja di McDonald.



Sumber - Facebook
Seorang OKU Bekerja Di McDonald Seorang OKU Bekerja Di McDonald Reviewed by Beruang Viral on 2:43:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.