Amerika Syarikat Turut Menyambut Aidilfitri


Amerika Syarikat, negara yang mana islam bukannya agama rasmi negara tersebut. Muslim bukan penduduk majoriti di neraga tersebut tetapi sistem pos mereka mempunyai setem khas untuk meraikan masyarakat Muslim yang bakal menyambut bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Seorang rakyat Malaysia telah menetap di Amerika mengalami pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama suaminya. Hadhinah Felice, 28, menceritakan serba sedikit sejarah mengenai setem yang diterbitkan oleh pos Amerika Syarikat mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam di sana. Amerika Syarikat sebenarnya amat menitik berat terhadap rakyatnya yang memeluk agama Islam. Malah mereka tidak kesemuanya mengutuk bahawa masyarakat yang memeluk agama Islam di negara mereka adalah penjenayah negara.



Setem Aidilfitri berwarna biru ini dikeluarkan buat pertama kali pada September 2001. Ketika itu pemimpin yang memerintah negara itu adalah George Walker Bush. Syarikat pos negara tersebut telah memilih pokok zaitun sebagai simbolik kepada agama Islam yang diberkati. Tulisan "Eid Greeting" membawa maksud Eid Mubarak di tulis di dalam setem dan diwarnakan keemas-emasan. Tulisan Eid Mubarak dalam bentuk kaligrafi itu telah dihasilkan oleh seorang kaligrafi terkenal iaitu Mohamed Zakariya dari Arlington, Virginia. Bagi penghasilan itu, Mohamed zakariya ini telah bekerjasama dengan Ethel Kessler iaitu dari Pengarah Seni USPS (United States Postal Service).

Di dalam setem itu juga terdapat perkataan "Forever/USA" atau "Forever Global" yang membawa erti setem tersebut boleh digunakan atau sah laku dalam 5 hingga 10 tahun.



Bukan setem Aidilfitri juga dihasilkan bagi mengingati sambutan perayaan masyarakat Muslim di Amerika Syarikat. Malah, turut terdapat beberapa bentuk setem yang dihasilkan bagi mengingati perayaan masyarakat Islam seperti Hari Raya Aidil Adha. Setem tersebut telah dibentuk dan berwarna hijau serta tulisan pada setem tersebut berwarna emas. Harga bagi setiap 20 keping setem ini bernilai $10 USD.

Masyarakat Islam di Amerika Syarikat akan merasakan mereka dihargai oleh kerajaan tempatan bagi mereka merayakan hari perayaan Umat Islam di negara tersebut.


Amerika Syarikat Turut Menyambut Aidilfitri Amerika Syarikat Turut Menyambut Aidilfitri Reviewed by Beruang Viral on 2:02:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.