[HIBURAN] Anak Artis Jadi Tumpuan



Sebulan bergelar bapa kepada Syeriv Samheizy, anak sulung kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Semalam akaun baru Instagram telah ditubuhkan. Akaun tersebut dibuat bagi Shaheizy Sam bersama isterinya berkongsi setiap detik yang indah anak sulung kelahiran mereka membesar bagi tontonan umum.

Hari ini sahaja kita dapat lihat pengikut Instagram anak mereka bukan main lagi 21.4K tau. Beruang Viral pun ratus je lagi. Haha. Tapi itulah hakikatnya apabila artis di Malaysia menjadi tumpuan setiap pelusuk masyarakat mahupun di luar negara.




Akaun Instagram anaknya ditubuhkan sempena nama diberi kepada anaknya. Syeriv Samheizy, sebenarnya mempunyai maksud yang unit bagi keluarga Shaheizy Sam dan isteri. "Sebenarnya sebutan nama anak saya adalah Sharif, tetapi saya modenkan ejaannya kepada Syeriv. Ia bukan satu masalah asalkan sebutannya dan maknanya masih sama iaitu seorang yang dihormati dan mulia." - kata Shaheizy Sam.




Buat masa ini, wajah anaknya masih menjadi tanda tanya kepada semua orang. Bagaimana rupa sebenar Syeriv Samheizy itu. Adakah ia mirip kepada Shaheizy Sam atau Syatilla? "Buat masa sekarang, saya belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak saya. Selepas Syatilla habis berpantang lebih kurang dalam enam hari lagi, barulah akan dedahkan kepada umum. Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, saya akan kongsi kebahagiaan bersama peminat. Tidak ada sebab saya hendak menyembunyikan anak daripada orang ramai." - kata Shaheizy Sam ketika di interview oleh wartawan.




[HIBURAN] Anak Artis Jadi Tumpuan [HIBURAN] Anak Artis Jadi Tumpuan Reviewed by Beruang Viral on 10:19:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.