[FITNAH] Kisah Babi Di NSK Selayang Tular Semula


Selayang - Kisah berkaitan Babi (Khinzir) yang disebarkan suatu ketika dahulu di laman sosial kini tersebar semula. Hal ini telah mengelirukan netizen yang selama ini sangat gemar berbelanja di NSK Pasaraya Borong di Selayang yang menjual barangan dengan harga borong dan murah.

Sumber diterima menerusi Facebook yang mengatakan perkara tersebut diterima semalam dengan kehadiran seseorang individu yang menyifatkan ada dua ketulan besar yang berada dalam troli pasaraya NSK tersebut adalah tubuh haiwan Khinzir. Perkara tersebut telah dikecam oleh netizen terhadap penyebaran itu. 

Sebenarnya pihak kami juga hampir terperdaya dengan sumber tersebut. Sempat mengambil tindakan pantas untuk membetulkan kembali pandangan orang ramai yang beranggapan salah mengenai gambar tersebut. Kes ini pernah dimainkan pada tahun 2013 dahulu. Dimana taktik untuk menularkan perkara ini agak sama seperti tahun ini. 

Dah nak dekat raya la diorang sanggup nak merosakkan mood raya orang dengan tempat orang suka beli barang runcit di sini.


Tengok tarikh tu mananya orang tak takut dan terus viral kan benda ni. Siapa tak kenal NSK kot. Ada diantara netizen yang tidak suka ke NSK ni disebabkan ramai pekerja Myanmar di dalam tu. Broo.. Jangan nak salahkan pekerja Myanmar. Mana pergi anak bangsa negara ini yang nak berkerja di tempat sedemikian? Tanya diri sendiri tau..


Rupa-rupanya itu daging kambing la. Sebab di NSK menjual daging kambing murah-murah. siapa taknak beli seekor kot? Jadi janganlah menjadi rakyat yang tidak bertanggungjawab menyebar maklumat yang tidak sahih dan tidak tepat. Dah nak raya bro. Nanti-nantilah kalau nak berfitnah pun..
[FITNAH] Kisah Babi Di NSK Selayang Tular Semula [FITNAH] Kisah Babi Di NSK Selayang Tular Semula Reviewed by Beruang Viral on 2:28:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.