Klon Artis Makin Ramai


Dah banyak kali kes macam ini berlaku di media sosial sekarang. Pelbagai penipuan yang telah melibatkan selebriti negara dengan akaun palsu mereka sehinggakan mencemar nama baik artis tempatan. Dalam bulan yang mulia ini, terdapat dua kes yang mengaitkan dengan artis tempatan dinafikan berkelakuan tidak baik.

Minggu lepas, Shukri Yahaya diperdaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam aplikasi terkenal iaitu WeChat. Terdapat beberapa mesej yang disampaikan dalam WeChat tersebet menyatakan Shukri Yahaya seolah-olah cuba memikat gadis yang bernama Sarah Danielle yang mempunyai paras rupa yang cantik. Dalam ruangan chat itu juga, individu yang tidak bertanggungjawab itu menghantar mesej agar gadis tersebut menunjukkan 'Boobies' atau buah dada gadis tersebut ke dalam ruangan WeChat itu. Langkah ini adalah satu cubaan memperdayakan mana-mana gadis di luar sana dengan membawa identiti sebagai selebriti tempatan yang kini kian mencipta nama dalam industri seni.

Perkara tersebut telah pun dinafikan sendiri oleh Shukri Yahaya bahawa dia telah diperdaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab melakukan akaun palsu yang menggunakan gambarnya untuk mengelirukan wanita tersebut. Malah, terdapat juga satu gambar yang menyatakan beliau sedang membuat panggilan video bersama wanita tersebut. Tetapi individu tersebut telah mengambil gambar Shukri Yahaya sedang membuat Live di Instagram.

Perkara ini juga telah diviralkan oleh sarah sendiri kerana tidak selesa dengan tindakan Shukri Yahaya.  

Netizen di laman sosial mengecam tidakan Sarah ini sebagai 'Budak Wechat' yang mahukan polulariti dengan cepat.

Itu baru cerita pasal Shukri Yahaya. Minggu ini terdapat lagi seorang penyanyi muda terkenal iaitu mengenai Sufian Suhaimi cuba untuk memikat isteri orang di salah satu aplikasi terkenal Bigo.

Menurut twitter Sufian, perkara tersebut telah diperdaya oleh seseorang individu cuba membuat akaun palsu Bigo Sufian. Netizen mengecam tindakan Sufian yang mengatakan Sufian dah tak ada kerja lain untuk cuba memikat isteri orang di Bigo. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik satu gambar chatting Sufian yang dalam cubaan mengoda isteri orang dengan menghantar gambar 'selfie' nya kepada perempuan itu. Berikutan dengan perkara ini Sufian tidak senang hati dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini dan boleh mencemar nama baik nya dalam industri seni Malaysia.

Pada hari ini, satu laporan polis telah dibuat bagi menjaga keselamatan Sufian Suhaimi dalam pelbagai kecaman yang akan berlaku di luar.

Keseluruhannya, dunia ini sudah mula merosakkan akhlak manusia. Oleh sebab aplikasi, manusia senang-senang membuat fitnah, melakukan dosa besar dan sebagainya bagi mengejar sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi sendiri.
Klon Artis Makin Ramai Klon Artis Makin Ramai Reviewed by Beruang Viral on 4:15:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.