[VIRAL] KL Sentral - Pudu Tambang RM60


Semalam sealah seorang pengguna media sosial Facebook telah memuat naik post mengenai pemandu teksi TEKS1M telah menipu penumpang dengan mengenakan caj yang mahal untuk ke satu destinasi yang tidak berjauhan daripada tempat dia mengambil teksi tersebut.

Desty Rahma Wati (Wati) yang berasal dari Jawa Tengah Indonesia terkilah dengan pemandu teksi pemandu teksi tersebut yang kurang ajar dengan penumpangnya. Persoalannya, kenapa tambang teksi daripada KL Sentral ke Pudu semahal RM60.00? Pemandu teksi tersebut menjawab ini adalah teksi 1Malaysia. Malah pemandu teksi tersebut menjelaskan teksi ini lebih mahal daripada teksi yang lain dan marah terhadap penumpangnya bertanya soalan sedemikian sehinggakan mengungkapkan perkata "BODOH" kepada penumpang. Mana pergi budi bicara pemandu teksi kini?






Ini adalah pemandu teksi tersebut yang telah membuat netizen di negara ini marah dengan tindakan dia yang boleh mencemarkan nama baik negara dan juga organisasi teksi di Malaysia ini. Identitinya telah didedahkan oleh media sosial. Apa yang netizen marah sangat padanya adalah harga yang dikenakan kepada penumpang tersebut dengan harga RM60.00.


Mana orang tak marah dengan pemandu teksi di Malaysia ini. Sesuka hati mengenakan caj kepada penumpang dengan ikut hati dia sendiri. Lihat pada gambar ini, kalau mengunakan perkhidmatan GrabCar mereka hanya dikenakan caj sebanyak RM6.00 sahaja. Korang boleh tengok sendiri. Perbezaan diantara GrabCar dan Teksi yang sekarang dikirakan tidak releven di Malaysia. Menakutkan penumpang yang nak naik teksi je.

Terdapat juga video yang dimuat naik ke dalam facebook Wati ini. Kalau korang dengar cara percakapan pemandu tersebut dengan penumpang yang fasih berbahasa melayu boleh mengundang kemarahan terhadap tatacara pemandu tersebut.

Desty Rahma Wati

Desty Rahma Wati posted a video to her Timeline.



Lepas korang tengok video tu boleh pula dia ugut dengan peristiwa yang pernah terjadi terhadap penumpang yang kena rogol dalam teksi, kena tikam dalam teksi apa semua. Adakah itu satu ancaman kepada penumpang dengan menyatakan perkara-perkara yang boleh menakutkan penumpang? Dimanakah SOP seorang pemandu teksi Malaysia?
Apa yang harus kita lakukan kepada pemandu teksi yang bersikap biadap seperti ini. Mesti masih ramai lagi yang lebih kurang sama sikap pemandu yang biadap macam ini.




- Beruang Viral

[VIRAL] KL Sentral - Pudu Tambang RM60 [VIRAL] KL Sentral - Pudu Tambang RM60 Reviewed by Beruang Viral on 3:02:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.