Cuba membawa kelainan bawa 'Pistol' padah ke balai polis


Beberapa hari lalu, viral di media sosial seorang pengantin lelaki diarak masuk ke dewan bersanding dengan sepucuk pistol diselit di sampinnya menggantikan keris.

Gara-gara ingin membuat gimik dan kelainan pada majlis tersebut, Muhammad Saidul Ikhsan Muzafar terpaksa memberi keterangan kepada pihak polis berikutan gembarnya yang menjadi viral.


Menurut laporan Harian Metro, Saiful Ikhsan ada menyatakan sedikit kekesalan sejurus viralnya gambar tersebut kerana dia terpaksa memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

"Ada rasa menyesal sedikit, tetapi nak buat macam mana, perkara seudah berlaku, saya terpaksa lalui.

"Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis di IPD Gombak malam semalam dn memberi gambar pistol berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman.

"Itu sebenarnya pistol mainan yang saya berli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar." katanya.

Tambah Saiful lagi, dia ada mendapatkan maklumat undang-undang berkenaan pemilikan pistol mainan sebelum membuat gimik tersebut. Sebab itulah, dia memotong bahagian depan istol berkenaan.

"Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah menggangu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya.

"Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular di media sosial, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati yang terbuka kalau saya menggangu adat.

"Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir saya selepas apa yang berlaku dan isteri pun reda sahaja selepas saya buat gimik itu.

"Apa yang pastim ia akan menjadi kenangan sya sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan kepada mereka nanti supaya jangan buat mcm ini!" Katanya Saiful Ikhsan.

Sumber - Harian Metro

Cuba membawa kelainan bawa 'Pistol' padah ke balai polis Cuba membawa kelainan bawa 'Pistol' padah ke balai polis Reviewed by Beruang Viral on 2:51:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.