Cumi dari jenama keropok sotong menjadi 'Cuba Misscall'


Kuala Lumpur - Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, mendedahkan ada cerita di sebalik tercetusnya idea memasukkan perkataan 'cumi cumi' atau 'cuba misscall' damal lagu Pematah Hati dengangan Nabila Razali.

Katanya, idea berkenaan timbul secara spontan ketika dia memakan keropok cumi atau sotong.

Lagu ciptaan Hael dan rakannya, Ezra Kong, itu menjadi sohor kini sekali gus eledakkan nama penyanyi terbabit. Ia juga pastinya mengukuhkan lagi portfolio Hael sebagai komposer muda yang menjadi rebutan ramai artis.

"Semuanya terjadi secara kebetulan ketika saya sedang asyik makan keropok cumi. Saya mempelawa Ezra makan sekali, sambil menyebut perkataan cumi beberapa kali.

"Lantas, saya dan Ezra saling berpandangan apabila terpacul perkataan cumi itu. Apa lagi, fikiran kami mula melayang ke satu sudut. Dia main gitar dan saya pula ambil bahagian dalam bab melodi.



"Kami sama-sama 'jamming' lagu itu. Saya terut membuat penyelidikan mengenai perkataan cumi (cuba misscall) yang sedang menjadi aliran masa kini dalam kalangan budak zaman sekarang," katanya.

Hael berkata, pada awalnya ada single lain yang dirasakan sesuai diberikan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 itu.

"Namun, selepas muncul idea 'cumi' itu, perancangan single untuk Nabila ditukar. Saya dan Ezra berasakan lagu 'cumi' ini lebih sesuai untuknya.

"Untuk menjadikan Pematah hati lebih dramatik dan dekat dengan pendengar, kita kaitkan kisah Nabila sendiri dalam percintaan.

"Tanpa diduga, percaturan menukar single berkenaan membuahkan hasil. Semuanya bagai tersusun cantik untuk Nabila.

"lalu, single asal yang dirancang untuknya disimpan dulu. Kita pun belum pasti apakah lagu terbabit patut diberikan kepada penyanyi lain," katanya.

Sejak dimuat naik ke laman YouTube pada 28 November lalu, video muzik Pematah Hati kini sudah pun ditonton lebih 11.2 juta kali.

Sumber - Berita Harian
Cumi dari jenama keropok sotong menjadi 'Cuba Misscall' Cumi dari jenama keropok sotong menjadi 'Cuba Misscall' Reviewed by Beruang Viral on 12:18:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.