Den Wahab, Aziz M. Osman dan Lokman Ghani buat laporan polis


Kuala Lumpur - Kira-kira 20 mangsa membuat laporan yang sama terhadap wanita terbabit, di balai polis lain.

Baru-baru ini, Den dan Aziz, yang diiringi 22 anggota keluarga mendakwa kerugian kira-kira RM90,000 selepas ditipu seorang wanita yang mengaku mempunyai agensi pelancongan dan menawarkan pakej melawat Korea Selatan selama lima hari empat malam.

Namun, pada hari ketiga rombongan berada di Korea Selatan, Den dan Aziz mendakwa mereka diminta mengosongkan bilik penginapan selepas agensi pelancongan, Arba Travel & Tours tidak menerima bayaran daripada individu terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tour, Ammar Shahrin, berkata atas dasar belas kasihan terhadap keluar Den dan Asis, pihaknya mengeluarkan kos sebantak RM50,000 membawa mereka pulang ke tanah air.

"Kami terpaksa menampung  kos keseluruhan rombongan itu sehinggalah mereka pulang, Khamis lalu. Sebagai agensi pelancongan berlesen, kami perlu menjaga nama baik.

"Kami mahu menegaskan, ini kali pertama syarikat berurusan dengan individu terbabit. Kami tidak pernah melantik dia sebagai wakil agensi," katanya.


Kata Ammar, pihaknya turut membuat laporan polis supaya wanita terbabit tidak melarikan diri

"Selepas perkara ini dihebahkan media, dia ada menghantar mesej melalui WhatsApp. Dia mengugut kami supaya tidak membuat laporan polis atau wang tidak diserahkan.

"Tetapi, kami tetap buat laporan dan mahu dia segera pulangkan wang itu. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera agar tidak menipu orang lain," katanya.

Sumber - Berita Harian
Den Wahab, Aziz M. Osman dan Lokman Ghani buat laporan polis Den Wahab, Aziz M. Osman dan Lokman Ghani buat laporan polis Reviewed by Beruang Viral on 4:14:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.