Kenapa selalu nampak palang RFID TAG ni.


Kuala Lumpur - Pada tahun 2016 terdapat laporan dimana Malaysia tidak lama lagi akan membuat Sistem Tol Tidak Berpagar atau Gateless Gantry Toll System pada sistem tol di negara ini.

Touch n' Go Malaysia mencadang akan melancarkan sistem ini pada Januari 2018 ini. Ramai netizen telah menyedari papan tanda di setiap tol yang mereka lalui terpar tanda RFID TAG ini.

Sistem RFID di plaza tol kini sedang diuji beberapa buah plaza tol. Penggunaan sistem RFID amat mudah. Ia berfungsi seperti sistem ERP di Singapura. Pengguna hanya perlu mendapatkan pelekat tag RFID dan mengimbas di plaza tol akan membuat imbasan seperti pengimbas barkod kepada tag RFID tersebut.


Tag ini akan diimbas menggunakan gelombang elektromagnetik dalam frekuensi antara 850MHz ke 950MHz. Imbasan pula boleh dibuat dari sejauh 27 meter dengan masa respon hanya 10 milisaat.

Teknologi RFID di Plaza tol ini bakal menggantikan penggunaan Touch n Go dan SmartTAG, tetapi ia akan mengambil sedikit masa. Ia dijangka akan dilaksanaakan sepenuhnya pada tahun 2020, bersama Aliran Bebas Berbilang Laluan (MLFF) memastikan trafik lebih lancar di plaza tol.

Sumber - The Star & Paultan
Kenapa selalu nampak palang RFID TAG ni. Kenapa selalu nampak palang RFID TAG ni. Reviewed by Beruang Viral on 3:25:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.