Panggil binatang kalau suami suka pukul isteri


Zalimnya seorang lelaki apabila tergamak menumbuk dan menendang isterinya yang sedang mengandung dua bulan hanya kerana mangsa mengunci pintu bilik di rumah mereka di Kuang, SUngai Buloh kelmarin.

Malah suspek berusia 30 tahun itu juga turut mengetuk kepala mangsa menggunakan batang kayu selain memukul wanita malang itu menggunakan penyangkut baju.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 24 tahun terbabit bertindak mengunci pintu bilik berikutan bimbang menjadi mangsa kekejaman suami yang kerap memukulnya sebaik pulang dari kerja.

"Namun tindakan mangsa itu membuatkan suspek bertambah marah lalu bertindak memecahkan pintu sebelum menumbuk serta menendang wanita terbabit berulang kali," katanya.

Walaupun mangsa merayu supaya tidak dibelasah namun suspek tidak mengendahkannya malah mengambil kayu dan penyangkut baju untuk memukul mangsa.

"SUspek memukul mangsa sehingga 'lembik' dan tidak bermaya sebelum keluar dari rumah meninggalkan mangsa.

"Mangsa bagaimanapun berjaya menghubungi rakannya sebelum dibantu mendapatkan rawatan dan dibawa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh di sini," katanya.

Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksasan dan udaha mengesan suspek sedang dilakukan.

Sumbar - HMetro
Panggil binatang kalau suami suka pukul isteri Panggil binatang kalau suami suka pukul isteri Reviewed by Beruang Viral on 3:33:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.