Remaja 14 Tahun liwat lelaki OKU 30an


Gemas - Polis menanan seorang remaja bawah umur berusia 14 Tahun yang dikatakan meliwat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusian pertengahan 30-an di dalam masjid.

Remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu, selepas adik mangsa membuat laporan di balai polis Gemas awal pagi sebaik mendapat tahu kejadian berkenaan daripada seorang jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

Ketua polis daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, suspek yang merupakan pelajar sekolah, sudah ditangkap dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. 

"Manakala, mangsa dibawa ke hospital Tampin untuk pemeriksaan lanjut.

"Berdasarkan siasatan, kejadian berkenaan diketahui oleh AJK masjid selepas mangsa mengadu kepadanya yang mengalami kesakitan di bahagian punggung kerana kelakuan suspek," katanya semalam.

Hamzah berkata, mangsa yang merupakan seorang OKU masalah pembelajaran mencerikan kepada AJK masjid mengenai perbuatan suspek menyuruhnya meniarap sebelum melakukan perbuatan sumbang itu.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku baru pertama kali berlaku dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masjid mendapati, kejadian berlaku dalam masjid jam 2.50 petang.

Foto keratan akhbar tempatan.

"Mangsa mengadu merasa sakit dan suspek berpesan supaya tidak memberi tahu sesiapa mengenai insiden berkenaan serta mengambil duit mangsa sebanyak RM3.00.

"Polis turut merampas barang kes berupa pakaian mangsa dan suspek untuk dihantar ke Jabatan bagi analisis.

"Kes ini disiasat dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan." katanya.

Sumber - The Reporter
Remaja 14 Tahun liwat lelaki OKU 30an Remaja 14 Tahun liwat lelaki OKU 30an Reviewed by Beruang Viral on 10:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.