Stadium Bola Sepak di Istana Budaya 8 Februari ini


Kuala Lumpur - Pengarah dan penerbit Ola Bola The Musical, Puan Seri Tiara Jacquelina, merancang untuk mengubah Panggung Sari, Istana Budaya, menjadi seperti sebuah stadium sempena pementasan teater berkenaan pada 8 Februari hingga 11 Mac depan.

Menurut Tiara, usaha itu dobuat bagi menzahirkan suasana berbeza kepada penonton, sekali gus membuatkan mereka seperti menyaksikan perlawanan bola sepak yang sebenar.

"Saya mengharapkan, sebaik saja penonton masuk ke dalam Istana Budaya apabila pementasan bermula nanti, ia bukan lagi pentas teater, tetapi dikelilingi LED yang akan menampakkan suasana seperti dalam stadium sekitar 1976.

"Situasi akan menkado lebih riuh rendah dan semangatnya sama seperti penonton datanf untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Ia lengkap dengan pukulan gendang dan gaya ombak Mexico.

"penonton juga boleh hadir dengan memakai jersi dan membawa kain rentang. Usah risau, pihak Istana Budaya sudah sedia maklum mengenai perkara itu," katanya kepada BH Online ketiak ditemui pada sesi teater berkenanaan di sini.

Mengulas perkembangan persiapan muzikal berkenaan setakat ini, Tiara berkata, mereka masih pada peringkat penambahbaikan untuk memantapkan lagi kandungannya.

Teater yang diangkat dariapda filem box-office arahan Chiu Keng Guan itu akan diterajui oleh Brian Chan sebagai Tauke, Luqman Hafidz (Ali), Abimanyu Masilamani (Muthu), Iedil Putra (Rahman), Kai Chalmers (Eric), Lim Jian Wei (Ah Chai), Melissa Ong (Mei Ling) dan Altimet (Sarjan Ahmad).

Bagi peminat yang ingin menyaksikan pementasan teater berkenaan, tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.olabolamusical.com

Sumber - Berita Harian
Stadium Bola Sepak di Istana Budaya 8 Februari ini Stadium Bola Sepak di Istana Budaya 8 Februari ini Reviewed by Beruang Viral on 5:01:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.