'Sakit macam mana pun saya akan tetap berdakwah'


Pelakon dan pelawak, Bob Lokman,54, kini terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan selepas disahkan menghidap penyakit jantung, kencing manis dan paru-paru berair.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, yang berada di bawah jagaan keluarga di Sungai Buloh, juga sudah tidak aktif di arena seni apabila keadaan kesihatan kurang mengizinkannya berbuat begitu.

"Tidak ada apa yang diharapkan sekarang selain doa daripada orang ramai dan peminat yang masih mengingati saya. Terima kasih kepada mereka yang datang menziarah, termasuk persatuan seni yang turut menghulurkan sumbangan.

"Sudah lama sebenarnya saya sakit, iaitu sejak berusia 36 tahun lagi. Sekarang, saya cuma bergantung kepada ubat-ubatan dan melakukan rawatan tiga bulan sekali di hospital," katanya kepada BH Online.

Penyakit dihadapinya semakin meruncing sejak empat tahun lalu menyebabkan dirinya lemah dan tidak lagi melakukan aktiviti seni.
Image result for Bob Lokman

Begitupun, Bob yang juga seorang penulis lirik masih meneruskan kegiatan mtivasi, bidang yang mula diceburinya kira-kira tujuh tahun lalu, demi kelangsungan hidup.

"Saya sudah lama meninggalkan bidang seni sebab nak tumpukan kepada aktiviti ini. Walaupun kurang sihat, saya tetap akan terima undangan untuk beri ceramah motivasi kerana inilah juga kerja saya lakukan ketika ini.

"Kalau ada yang memanggil saya untuk menyampai ceramah motivasi, saya pergi. Daripada duduk terlantar di rumah, tak elok juga untuk kesihatan diri.

"Jadi, selagi kudrat masih berbakti dan orang ramai juga memerlukan khidmat saya, seslagi itu saya akan penuhi undangan yang hadi," katanya dalam nada yang lemah.

Difahamkan, esok Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave, akan mengadakan kunjungan ke kediamannya di Sungai Buloh bagi menghulurkan sumbangan.


Sumber - BH Online
'Sakit macam mana pun saya akan tetap berdakwah' 'Sakit macam mana pun saya akan tetap berdakwah' Reviewed by Beruang Viral on 11:13:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.