'Santau Nadiyah Shahab tak menjadi'



Memilih seni sebagai jalan hidup, kecintaan yang perlahan-lahan disemai sejak dua tahun lalu sedang membuahkan harapan. Nadiayah Shahab kini umpama bunga yang sedang mekar.

Wanita berdarah campuran Arab dan Jawa itu pernah mencuri tumpuan ketika menhendalikan program berbentuk travelog di saluran Go Asean, Lost At Sea.

Ketika itu gelagt dan kepetahanannya berbicara dalam bahasa Inggeris membuatkan ada yang menyangkakan wanita cantik berkulit putih mulus itu adalah 'minah saleh'.

Bagaimanapun, telahan itu ternyata silap. Nadiyah adalah bunga kelahiran Singapura yang mulai memancarkan seri dan haruman wanginya di bumi Malaysia.

Bermula dengan pengacaraan, kini sedikit demi sedikit Nadiyah mula menonjolkan diri dalam dunia lakonan pula.

Menganggap setiap tawaran yang datang sebagai rezeki, Nadiyah optimis mencuba pelbagai cabang seni, sekali gus membuktikan dia bukanlah menjual rupa semata-mata.

"Pengaracaan dan lakonan adalah dua bidang berbeza. Apabila mengacara, saya boleh menjadi diri sendiri tetapi lakonan saya perlu jadi orang lain mengikut watak ditetapkan.

"Memang agak sukar kerana kita menjadi orang lain depan kamera. Bagaimanapun, saya melihat peluang yang datang ini sebagai rezeki untuk menoroka satu lagi cabang seni," katanya.

Terima pelbagai ugutan.

Mengakui kehadirannya dalam industri seni masih 'hija', wnita berusia 27 tahun itu sedia menerima segala kritikan atau teguran asalkan mutu kerjanya diterima baik.

Namun ternyata, percaturannya menyertai bidang lakonan tidak silap.

Buktinya, nama Nadiyah menjadi sebutan selepas membintangi drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang kini bersiaran di saluran Astro Ria.

Membawakan watak antagonis sebagai Tengku Natasha, Nadiyah akui menerima beberapa ugutan keterlaluan dairpada pengikut laman sosial Instagram miliknya.

Nadiyah berkata, terdapat individu yang mahu bertemu bomoh unutk menghantar santau kepadanya berikutan watak jahat yang dibawakan dalam drama itu.

"Sejujurnya, saya sangat takut dan fobia dengan ugutan sebegini. Saya tidak faham apabila ada pengikut ambil serius karakter antagonis yang saya bawakan hingga sanggup menghantar mesej peribadi yang bukan-bukan di Instagram.

"Malah, ada yang mahu tumbuk saya kalau terserempak di luar," katanya yang mengakui banyak yang dipelajarinya sepanjang berlakon dalam drama bersiri 32 episod itu.

Menurut Nadiyah, meskipun tiada sebarang perkara buruk berlaku, dia perlu berhati-hati setiap kali melangkah keluar dari rumah.

Related image

"Sejak membintangi drama ini, saya makin takut dengan kelakuan pengguna laman sosial yang ada kalanya bertindak di luar batasan. Saya bimbang seandainya perkara itu benar-benar berlaku.

"Bagaimanapun, saya sering menunjukkan kehidupan sebenar saya di Instagram supaya mereka tidak menganggap watak Tengku Natasya sama dengan keperibadian saya," katanya.

Meskipun kariernya kian berkembang, Nadiyah mengakui bukan mudah apabila dia perlu berulang-alik antara dua negara.

Justeru itu, dia berhasrat untuk menetap di Malaysia selepas mendirikan rumah tangga kelak.

"Jika terikat dengan penggambaran, saya akan berada di sini dan selepas selesai kerja akan segera pulang ke pangkuan keluarga di Singapura.

"Biarpun penat berulang-alih, saya tidak boleh mengeluh kerana ini yang saya pilih. Inilah harga yang perlu dibayar untuk mengejar cita-cita," katanya.

Selain itu, pelakon Mr HIjab itu juga sangat mementingkan pendidikan. Ini kerana dengan adanya kelulusan tinggi dalam akademik, masa depannya akan lebih terjamin.

Biarpun sibuk dengan penggambaran drama, dia nekad menghabiskan pengajiannya tahun ini.

"Saya sudah tidak boleh menangguhkan pengajian yang berbaki satu semester lagi. Selagi belum selesai, tak senang duduk dibuatnya.

"Bukan mudah belajar sambil bekerja. Tambahan pula jadual lakonan tidak tentu masa.
"Disebabkan itu saya terpaksa menangguh pengajian sebelum ini. 

"Apapun, saya akan menduduki peperiksaan akhir semester pada Mei depan," kata penuntut jurusan Undang-Undang University of London, Singapura.


Sumber - HMetro

'Santau Nadiyah Shahab tak menjadi' 'Santau Nadiyah Shahab tak menjadi' Reviewed by Beruang Viral on 2:06:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.