'104 dipenjara seumur hidup'


ANKARA - Mahkamah Turki, hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 104 orang kerana terbabit dalam rampasan kuasa tentera yang gagal pada 2016, lapor akhbar Hurriyet.

Ia adalah antara hukuman paling berat diberikan sejak kejadian itu.

Mahkamah di bandar Aegeen di Izmir menjatuhkan hukuman itu ke atas 104 daripad 280 defendan, menurut Hurriyet, hukuman paling berat menurut undang-undang Turki kerana ia meningkatkan tempoh menimum penjara yang diperlukan parol.

Seramai 21 lagi dijatuhkan hukuman 20 rahun penjara kerana menghina presiden, manakala 31 lagi dikenakan hukuman antara 10 tahun dan enam bulan keran menganggotai pertubuhan pengganas.

Lebih 240, kebanyakkannya penduduk awam tidak bersenjata, maut pada malam 15 Julai 2016, aoabila sekumpulan anggota tentera mengemudikan kereta kebal dan pesawat tempur dalam usaha menyerang Parlimen dan menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.



Kerajaan menyalahkan rangkaian ulama yang berada di Amerika Syarikat, Fethulla Gulen, kerana mendalangi rampasan kuasa itu.

Gulen, yang memilih tinggal dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, menafikan pembabitan dan mengutuk kejadian itu.

Sejak cubaan rampasan kuasa itu, pihak berkuasa menahan 160,000 orang dan memecar bilangan hampir sama kakitangan awam sebagai sebahagian tindakan, kata pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mac lalu.

Sumber - Reuters
'104 dipenjara seumur hidup' '104 dipenjara seumur hidup' Reviewed by Beruang Viral on 3:32:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.