'Akhirnya DS Najib dedahkan punca kekalahan BN dalam PRU14


Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia yang lepas, Barisan Nasional pertama kali dalam sejarah penubuhan Malaysia kalah teruk dengan Pakatan Harapan.

Kekalahan itu membuatkan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (DS Najib) mencipta rekod Perdana Menteri dari Barisan Nasional pertama yang kalah dalam merebut tampuk pemerintahan negara.

Kekalahan itu adalah kekalahan yang memalukan buat Barisan Nasional kerana sebelum ini parti itu tidak pernah kalah dalam sebarang Pilihan Raya Umum sejak lebih 60 tahun.

Susulan kekalahan itum bekas Perdana Menteri DS Najib mendakwa kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 berpunca daripada 'fitnah' parti pembangkang.

"Kempen yang bersifat terlalu menyerang peribadi dan menabur fitnah dan kebencian seta janji-janji mani yang sebahagian besar jelas takkan dapat dilaksanakan malangnya telah menyebabkan kekalahan kepada UMNO BN dalam PRU ini," katanya di hadapan para penyokongnya dia Pekan, Pahang semalam.



Tambah DN Najib, menang dan kalah merupakan adat dalam sesuatu pertandingan dan beliau tidak akan berasa ralat jika pihak lawan mempunyai agenda yang lebih baik.

"Tapi sebaliknya terasa dalam hati, bukan soal dasar, agenda, tapi kempen memburukkan pemimpin dan janji-janji mani yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Ni saya rasa terkilan. Bukan kekalahan itu tapi kekalahan atas penyelewengan fakta.

"Ini tak adil dalam demokrasi. Ni bukan 'contrestation of ideas' tapi berdasarkan berita palsu yang kita termakan," katanya kepada kira-kira 500 orang.

Najib juga berkata, BN tidak membuat janji palsu tetapi hanya menawarkan janji yang mampu dilaksanakannya.

"Mungkin saya silap, patut ambil sikap matlamat menghalalkan apa cara sekalipun, (dengan menggunakan) 'machuavelan politic'," katanya yang turut mempersoalkan sama ada siasatan terhadap beliau berhubung 1MDB dilakukan dengan telus.

Beliau juga menyatakan rasa kesal terhadap serbuan polis yang telah mengambil barang milik anak-anaknya.

"Apa kena mengena 1MDB dengan kasut anak saya. Kalau nak ambil barang mesti ada bukti orang putih kata 'prima facie evidenve'. Takkan tengok satu barang, nampak, cekup, bawa ke Bukit Aman.



Apa kaitan hadiah perkahwinan dengan 1MDB. Tak layak ke anak saya dapat hadiah perkahwinan. Dia kahwin dengan keluarga yang ada kemampuan di Khazakstan," katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bandar Tun Razak, Chew Yin Kee menyalahkan Najib dan skancal 1MDB menjadi punya kekalahan BN dalam PRU14 lalu.

"Sebab utama kekalahan dan kehilangan kuasa BN pada pilihan raya umum adalah skandal yang mengelilingi perdana menteri DN Najib dan keluarganya, khususnya 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion," katanya dala, satu kenyataan.

Faktor lain katanya, ermasuk kenaikan kos sar hidup akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan Najib pada tahun 2015.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas rakyat Malaysia mula bangkit dan menjatuhkan kerajaan yang telah lama memerintah Malaysia iaitu Barisan Nasional. Rakyat Malaysua dilihat sudah muak dengan janji-janji yang ditabur oleh kerajaan sebelum ini dan mereka mahukan perubahan.

Manifesto Pakatan Harapan yang mahukan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah senjata utama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Kini, Malaysia telah jatuh dan dipimpin oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohaman sebagai Perdana Menteri yang baru.

Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baru dan kita semua berharap supaya ianya dapat dicapai tidak lama lagi dibawah kepimpinan yang baru ini. Semoga Malaysia terus maju dan aman damai.

Sumber - Blog Ammar 
'Akhirnya DS Najib dedahkan punca kekalahan BN dalam PRU14 'Akhirnya DS Najib dedahkan punca kekalahan BN dalam PRU14 Reviewed by Beruang Viral on 3:13:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.