'Andres Iniesta Ingin sertai Kelab J1 League, Vissel Kobe'


Menurut satu laporan dari portal berita Jepun, Sport Hochi pagi ini, pemain Barcelona, Andres Iniesta, telah bersetuju untuk menyertai VIssel Kobe, kelab dimana Lukas Podolski sedang beraksi sekarang.

Ddalam artikel tersebut juga dinyatakan bahawa pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat sejurus selesai perlawanan terakhir Barcelona musim ini bertemu Real Sociedad pada 20 Mei 2018.

Selepas itu, dijangkakan Iniesta akan berlepas ke Jepun untuk mengadakan satu sidang media rasmi berkenaan permindahan masuk ke Vissel Kobe.

Sekiranya Sepanyol berjaya mara hingga ke peringkat akhir Piala Dunia 2018, Iniesta akan menyertai pasukan Vissel Kobe pada pertengahan bulan Ogos kerana mahu berehat selama sebulan bagi memastikan semua persiapan berjalan lancar.

Berdasarkan jadual perlawanan J1 League 2018, debut Andres Iniesta paling cepat pada 26 Ogos 2018 dimana Vissel Kobe akan bertemu dengan Yokohama F Marinos di Noevie Stadium, Kobe.

Ketibaan Iniesta di Vissel Kobe itu nanti akan mencata satu rekod baharu apabila Sport Hochi memberitahu bahawa gaji tahunan yang bakal diterima Iniesta adalah sekitar 25 Juta Euro, 5 kali ganda dari apa yang diterima oleh Lukas Podolski!.

Sumber - Sport Hochi
'Andres Iniesta Ingin sertai Kelab J1 League, Vissel Kobe' 'Andres Iniesta Ingin sertai Kelab J1 League, Vissel Kobe' Reviewed by Beruang Viral on 2:18:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.