'Anuar Zain mohon doa peminat Puteri Balqis sakit jantung'


Siapa yang tidak mengenali pelaon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra dipanggil Aqish yang popular dengan lakonan mantap serta comel apabila berkata-kata.

Disebali kemesraan dan keceriaan yang kita dapat lihat, ada sesuatu yang terpaksa dilalui oleh pelakon cilik ini. Seminggu yang lalu, difahamkan Aqish menghidap penyakit masalah jantung.

Ia telah disahkan oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang anaknya terpaksa keluar masuk hospital sejak awal tahun lalu. Aqish yang baru sahaja berusia 11 tahun, mengetahui mengenai penyakit jantung ini setelah melalui pemeriksaan menyeluruh, Disember lalu.


"Kami perasan keadaan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian menunjukkan begitu.

"Sejak awal tahun hospital sudah seperti rumah kedua kami berikutan Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.

"Lebih teruk apabila dia pengsan dan muntah hampir setiap hari," kata ibunya luluh melihat keadaan Aqish.



Terkini, melalui media sosial penyanyi terkenal, Anuar Zain, mengajak orang ramai mendoakan kesihatan Aqish ini agar sembuh seperti biasa.

"Kepada semua teman-teman IG dan FB, mohon doakan kesihatan Puteri Balqish supada cepat sembuh dan dapat terus mewarnakan industri seni Malaysia dengan lakonan hebatnya.

"Semoga doa kita semua di bulan yang mulia ini dimakbulkan Allah S.W.T. Such a talented girl!. Stay Strong dan get well soon Puteri Balqis. Terima kasih semua atas doa anda." tulisnya.



Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan pelakon cilik, Aqish agar kembali sihat dan dilaporkan juga Aqish beransur sembuh menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sumber - Ohmedia
'Anuar Zain mohon doa peminat Puteri Balqis sakit jantung' 'Anuar Zain mohon doa peminat Puteri Balqis sakit jantung' Reviewed by Beruang Viral on 4:22:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.