'Azmin kekal MB Selangor buat sementara waktu.'




Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan kekal menjawat jawatan itu buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa sehingga tempoh peralihan kuasa dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohammad Munir Bani berkata, pada masa sama Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon Menteri Besar yang baharu untuk penelitian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sebelum lantikan dilaksanakan.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah disembah maklum oleh Yang Amat Berhormat Datuk MEnteri BEsar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa beliau bersetuju untuk menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

"Yang Amat Berbormat Datuk Seri Mohamed Azmin ALi membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri mengenai skop kerja dan bidang kuasa Kementerian yang baharu, " katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, hari ini.

Kenyataan itu turut menyebutkan baginda memperkenankan Mohamed Azmin untuk memegang jawatan MEnteri Hal Ehwal Ekonomi.

Semalam, Mohamed Azmin menghadap baginda di Istana Kayangan dalam pertemuan selama dua jam bagi membincangkan mengenai jawatannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Kabinet di Istana Negara pada 5.30 petang hari ini.

Pada 11 Mei lalu, Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri BEsar selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sumber - HMetro
'Azmin kekal MB Selangor buat sementara waktu.' 'Azmin kekal MB Selangor buat sementara waktu.' Reviewed by Beruang Viral on 10:18:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.