"Cukuplah.. Saya sudah puas...'


Kilauan bintang yang pernah berada dalam genggamannya seakan-akan beransur pudar. Selama dua tahun, nama Hafiz SUip,28, bagai tenggelam timbul dalam radar dunia hiburan.

Bukan soal tidak lagi popular atau relevan, sebaliknya penyanyi Masih Jelas dan Bahagiamu Deritaku itu berdepan ujian penyakit kegelinciran tulang sejak dua tahun lalu.

Penyakit itu menyebabkan Hafiz mengambil keputusan memperlahankan kerjaya seni hingga banyak tawatan terpaksa ditolak.

Biarpun penyakitnya semakin pulih, Hafiz seperti seorang bayi yang baru mendapat kaki, bermula dengan bertatih dan merangkak. Pada masa sama, Hafiz perlu bersaing dengan ramai bakat baharu yang muncul umpama cendawan selepas hujan.




Hafiz mengaku, wang bukan segala-galanya dan dunia glamor tidak lagi dikejarnya.

"Hidup bagaikan putaran roda, ada masa kita di atas dan ada ketikanya pula di bawah. Inilah hakikat kehidupan seorang bintang.

"Saya begitupun mengakui, tidak pernah tergugat dengan kehadiran bintang baharu. Cukuplah... Saya sudah merasai nikmat dan manisnya dulu Jadi, berilah laluan kepada penyanyi lain pula, " katanya.

Tambah Hafiz, dia percaya, setiap manusia diberi rezeki masing-masing.

"Alhamdulillah, biarpun perjalanan kerjaya saya menyusuri graf perlahan sejak beberapa tahun ini, rezeki tetap ada.

"Mungkin ia tidak lebat seperti yang diraih pada zaman kegemilangan dulu, namun saya belum lagi dipinggirkan," katanya.

Tanpa berselindung, Hafiz berkata, dia kini lebih mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama.

"Mungkin ada yang anggap, sudah jatuh baru mahu mengingati Allah. Tekaan itu silap, sebaliknya saya berubah kerana Allah.

"Saya sedar diri, nama saja Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran agama suci itu sepenuhnya. Banyak perkara yang membuat kan saya leka dan lalai sejak bergelumang dalam dunia hiburan, tetapi saya tidak mahu menyalahkan sesiapa.

"Saya bersyukur bertemu dengan seorang hamba Allah yang tidak berputus asa mengajak saya menyertai majlis ilmunya. Namun saya sering memberikan alasan tiada masa, ketika itu.



Hafiz berkata, hamba Allah terbabit cuba sekali lagi memujuknya.

"Suatu hari, hamba Allah itu hubungi lagi sdan memujuk. Dia beritahu apa salahnya saya meluangkan masa tiga hari untuk mengenal Tuhan.

"Kata-katanya membuatkan saya termenung panjang dan akhirnya, saya mengetepikan soal duniawi  seketika untuk menyertai majlis ilmu di Kuching, Sarawak, Mac lalu," katanya.

Hafiz berkata, ia bukan sekadar mahlis ilmu, tetapi menyucikan jiwa. Dirinya tenang dan keseronokannya sukar diungkapkan dengan kata-kata biarpun orang sekeliling cukup asing buatnya. Sifat ukhuwah sesama Islam membuatkannya selesa dan seronok mendalami agama.

"Perubahan paling ketara selepas menyertai majlis ilmu ini adalah saya mula menjaga solat. DUlu, solat tunggang langgang, tetapi kini, saya istiqamah menjaga sembahnyang.

"Saya bukannya mahu riak, tetapi perubahan ini saya lakukan secara perlahan-lahan. Antarasebab saya mahu berubah kerana saya sudah menjadi ketua keluarga. Saya mahu menunjukkan contoh yang baik kepada anak. Dulu, saya bukannya baik sangat, tetapi jika boleh, pengalaman hidup saya tidak berulang pada mereka.

"Apapun, saya kena berubah dulu sebagai ketua keluarga, barulah dapat mengemudi rumah tangga dengan baik," katanya.

Diakui, banyak perubahan dilalui Hafiz selepas mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jesreel Abdullah,25, sejak 2016. Lebih mengubah corak kehidupannya apabila pasangan itu menimang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri, yang kini berusia hampir lima bulan.

"Saya bukan lagi Hafiz yang dulu. Itulah juga yang sering diluahkan teman. Jika dulu, panatang diajak melepak, laju saja saya ikut.

"Kini, saya tidak lagi masa untuk berbuat begitu. Saya lebih mengutamakan keluarga, lebih-lebih lagi apabila dikurniakan cahaya mata.

"Jika tiada kerja saya syka 'melekat' di rumah. Jujurnya, saya tidak boleh berenggang dengan anak. Ketika bekerja pun, hati bagaikan dipanggil-panggil untuk pulang cepat bermain dengan anak," katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH)selama tiga tahun berturut-turut sejak edisi ke-24 itu turut menafikan sikap 'demand' menyebabkan namanya hampir tenggelam.

Sebelum ini, namanya dikatakan suram gara-gara syarikat pengurusannya, Astro, didakwa meletakkan harga tinggi untuk tawaran persembahan.

"Kisah saya 'letak harga' bukan cerita baharu, sebaliknya sudah lama diperkatakan. Ia bukan harga yang berikan, tetapi syarikat perngurusan. Ramai yang tersalah anggap apabila mendakwa saya 'demand', mahukan harga tidak masuk akal, sedangkan ia bukan ketetapan saya.



"Saya hanya pekerja dan makan gaji dengan mereka. Saya bagaimanapun tidak melihat syarikat pengurusan meletakkan harga tinggi, sebaliknya pihak terbabit menjaga kebajikan dan keperluan artis di bawah naungan mereka dengan baik.

"Tidak pernah pula saya dengar mereka meminta balik mewah atau 'limousine' disediakan untuk saya jika mengadakan persembahan di luar daerah, cukuplah sekadar keperluan yang sepatutnya disediakan ," katanya.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, dia kini tidak lagi berada di bawah naungan Astro sejak Mei tahun lalu.

Bukan mahu merahsiakan, sebaliknya Hafiz berkata, dia tidak mahu menimbulkan isu yang boleh menyebabkan hubungannya dengan poihak berkenaan terpalit masalah.

"Kami tiada masalah pun ketika orang luar sibuk memperkatakan kononnya mereka meletak harga tinggi untuk bayaran persembahan saya.

"Cuma, rasanya saya perlu mendiamkan diri dulu kerana tidak mahu isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan. Saya sengaja tidak menghebahkannya, bimbang ada yang tersalah sangka.

"Saya menyertai Astro dengan cara baik, biarlah keluar pun dengan cara hormat. Lagipun, kontrak tamat pada Mei tahun lalu," katanya yang 'diikat' Astro selama sembilan tahun.

Sumber - BH Online
"Cukuplah.. Saya sudah puas...' "Cukuplah.. Saya sudah puas...' Reviewed by Beruang Viral on 11:39:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.