'Hanya 3 menteri yang berani - KP SPRM'


Datuk Seri Mohd Shukri Adbull mendedahkan beliau bersama bekas 'bosnya' Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan Menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik itu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Kami berpecah untuk bertemu dengan semua meneri merayu dan meminta supada buang dan gantikan Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ke ,(Datuk Seri Hishammuddin Hussain) ke, sebab jumlahnya terlalu bersar RM2.6 bilion.

Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tansi Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal dan Datuk Seri Ahdam Husni Hanaszlah. Yang lain semua takut.

"Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata 'kalau saya dengar capak kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini'...," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.



Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan TImbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Jaafar Mahad.

Mohd Shukri berkata, selepas usaha menyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-Raja.

"Kami jumpa Majlis Raja-Raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa," katanya.

Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang AHli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.

"Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.

"Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkatp mengikut Akta SPRM," katanya.
'Hanya 3 menteri yang berani - KP SPRM' 'Hanya 3 menteri yang berani - KP SPRM' Reviewed by Beruang Viral on 4:10:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.