'Idris tolak terajui UMNO Terengganu'


Bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, menolak cadangan pihak tertentu yang mahu berliau kembali menerajui parti sebagai Pengerusi Badan PErhubungan UMNO Terengganu.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, beliau tidak berminat memimpin parti peringkat negeri kerana sebelum ini sudah memikul tanggungjawab berkenaan selama lapan tahun bermula tahun 2000 hingga 2008.

Katanya, parti perlu memilih orang muda yang berkelayakan dan disukai ahli memulihkan parti bagi membawa kejayaan dalam meneruskan agenda menghadapi lebih cabaran besar bermula sekarang.

"Saya bersedia membantu UMNO negeri ini tetapi sekadar menjadi penasihat," katanya selepas menghadiri Persidangan Cawangan UMNO Seberang Jertih, malam tadi.



Pada persidangan itu idris dipilih semula selaku Ketua Cawanga dan menolak desas-desus beliau tidak mahu menjadi pemimpin.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu pada 2004 menjadi hero menubangkan Kerajaan PAS apabila beliau membawa roh dengan semangat "Gelombang Biru" dan menawan semula negeri ini.

Isu menamakan semula Idris sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kini heboh diperkatakan ahli dan pemimpin UMNO kerana beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran mengatur strategi politik bagi menghadapi pembangkang.

Selain Idris, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Abdul Wahid pula dicadangkan menjadi timbalan beliau.

Idris yang juga AHli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, kini masa paling sesuai untuk mengenal pasti siapa ahli UMNO yang setia dan menjadi musuh dalam selimut selepas Barisan Nasional (BN kalah teruk pada PIlihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, UMNO perlu melakukan pembersihan terhadap parti bagi memastikan perjuangan alaf baharu dapat diteruskan dengan semangat lebih tinggi.

Beliau yakin UMNO masih diterima rakyat dan akan kembali bangkit selepas dipulihkan menerusi persidangan cawangan, mesyuarat agung bahagian dan perhimpunan agung.

"Apa yang saya perhatikan sekarang persidangan cawangan berjalan lancar, malah ahli bersemangat menghadiri persidangan walaupun masih terkejut dengan kekalahan," katanya.

Sumber - BH Online


'Idris tolak terajui UMNO Terengganu' 'Idris tolak terajui UMNO Terengganu' Reviewed by Beruang Viral on 12:15:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.