JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan badan kerajaan akan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kewangan negara, lapor Sinar Harian.

Dr Mahathir berkata, beberapa agensi itu termasuk Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).



"MPN pada awalnya ditubuhkan sebagai badan untuk memperoleh maklumat daripada mereka berpengetahuan tinggi, namun akhirnya berunsur politik dan dipergunakan kerajaan terdahulu," katanya.

Begitu juga dengan khidmat JKKKP di seluruh negara akan diberhentikan kerana lebih banyak berunsur potitik berbanding menjalankan tugas pentadbiran.

"Kita sudah ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan beri ganjaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahi amalkan politik seperti kerajaan terdahulu," katanya.

Terdahulu Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamadi pejabat rasmi beliau di Jabatan Perdana Menteri yang turut dihadiri kesemua menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) yang baharu dilantik.

JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM Reviewed by Beruang Viral on 2:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.