'Kevis Morais yang salurkan maklumat kes penyelewengan 1MDB kepada saya' - Clare



Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).'


"Saya di hubungai secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah Kevin Morais.

"Saya mempunyai sumber yang saya tidak akan dedahkan, sumber yang boleh dipercayai memberitahu ia adalah Kevin Morais, " katanya.

Tiga tahun lalu, adik kepada mendiang Kevin iaitu Charles, membuat akuan berkanun yang mendakwa Kevin merangka kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak dan menghantar salinannya kepada Sarawak Report.

Kertas-ketas pertuduhan itu dihantar selepas Najib memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa pegawai tinggi dalam kerajaan yang didakwa cuba mengulangi pendakwaan terhadapnya.




Menurut kenyataan Charles kepada media, dia tidak percaya bahawa dakwaan kononnya mendiang Kevin diculik dan dibunuh mempunyai kaitan dengan beberapa kes rasuah beberapa individu yang sedang menghadapi perbicaraan ketika itu. Charles kemudian menuntut bedah siasat kali kedua.

Mendiang Kavin dipercayai telah diculik pada 4 September 2015 dan dicekik sehingga mati sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram yang kemudian diisi dengan simen.

Pihal berkuasa menemui tong dram tersebut di Persiaran Subang Mewah, berhampiran Subang Jaya selepas dua minggu mangsa dilaporkan hilang.




Seperti Charles, Clare juga meragui penjelasan rasmi terhadap pembunuhan itu dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap kes itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu mengesahkan, Gani Patail telah ditamatkan kontraknya kerana beliau telah bersedia untuk melakukan pendakwaan terhdap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas pihaknya mengesan sejumlah wang RM42 juta milik SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu-individu tertentu.

Sumber - Malay Mail

'Kevis Morais yang salurkan maklumat kes penyelewengan 1MDB kepada saya' - Clare 'Kevis Morais yang salurkan maklumat kes penyelewengan 1MDB kepada saya' - Clare Reviewed by Beruang Viral on 2:49:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.