'Mahu keluar bertemu dengan teman lelaki tetapi...'


Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dibunuh di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson, semalam, laporan Harian Metro.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi yang juga merupakan penuntuk Koleh Vokasional Port Dickson, ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Saksi kejadian, Izwan Mustaffa, 30, menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya. Izwan yang dalam ketakutan kemudian memaklumkan penemuan yang mengejutkan itu kepada jiran sebelum menghubungi pihak polis.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.



Rakan mangsa, Ain Zulaika Zamuri, 19 berkatam Nur Alya Damia sebelum itu ada memaklumkan dia mahu kelaur dari asrama koleh untuk bertemu dengan teman lelakinya di kawasan berhampiran jam 9 malam.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Ain kemudian menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan dia tidak bertemu dengan Nur Alya Damia.

"Disebabkan itu saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul di tepi jalan.

"Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia). Ketika itu kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati.

"TIdak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama," katanya.

Menurut Ain Zulaika, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faizal Mohd Noor berkata, pemeriksaan anggota forensik menemui kesan jerut pada leher mangsa yang dipercayai dibunuh.

"Buat masa inim pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan keran membunuh," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

'Mahu keluar bertemu dengan teman lelaki tetapi...' 'Mahu keluar bertemu dengan teman lelaki tetapi...' Reviewed by Beruang Viral on 9:10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.