'Usul memansuhkan agama daripad kad pengenalan - Ahli Parlimen PKR'


Miri, Sarawak - Ahli Parlimen bagi kawasan Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang untuk mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan, demikian menurut status Facebook milik Ahli Parlimen tersebut.


Menurutnya,"Saya bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen di mana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan di dalam kad pengenalan kita."



Pendirian ini adalah sejajar dengan tuntutan beberapa pihak sebelum ini yang mahukan supada kad pengenalan rakyat Malaysia tidak memasukkan maklumat agama.







Hanya penganut Islam di Malaysia mempunyai identiti agama di dalam kad pengenalan mereka.


Beberapa kes saman ke atas Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini, telah dibuat oleh individu-individu yang telah murtad dari agama Islam setelah permohonan mereka untuk membuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan mereka gagal.


Sumber : menara.my via sayangawak.com
'Usul memansuhkan agama daripad kad pengenalan - Ahli Parlimen PKR' 'Usul memansuhkan agama daripad kad pengenalan - Ahli Parlimen PKR' Reviewed by Beruang Viral on 3:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.