'Pemisahan kuasa elak penyelewangan, kekal demokrasi.'


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan kuasa, sekali gus mengekalkan asas demokrasi negara.

Beliau berkata, pemisahan tiga kuasa itu perlu ada bagi memastikan periksa dan imbang dapat dilakukan dalam pentadbiran negara.

"Jika tidak 'check and balance' seperti ini, maka tetap berlaku sesuatu yang tidak baik sehingga berlaku seseorang itu tidak dapat ditegur dan tidak dapat dihalang.


"Kalau tiada pemisahan kuasa itu, maka akan ada satu pihak yang akan menguasai ketiga-tiga kuasa itu menyebabkan satu pihak itu tidak boleh ditegur dan ditentang sehingga melanggar undang-undang," katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Seri Mohd Zuki.

Justeru, Dr Mahathir berkata, kuasa pendtadbiran memainkan peranan amat penting bagi menghalang perkara itu apabila setiap pentadbir perlu berikrar berkhidmat untuk negara, sudah menjadi tanggungjawab mereka boleh mengelak perkara itu.

"Kita lihat, beberapa tahun lalu pentadbir tidak mempunyai kuasa menegur atau menentang apabila disuruh melakukan sesuatu yang bertentangan undang-undang negara.

"Kita dapati ramai anggota pentadbir kerana mingkin takut dan disogok mereka telah melakukan perbuatan tidak baik dan merugikan negara," katanya.

Sumber - HMetro
'Pemisahan kuasa elak penyelewangan, kekal demokrasi.' 'Pemisahan kuasa elak penyelewangan, kekal demokrasi.' Reviewed by Beruang Viral on 10:38:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.