'Piala Dunia 2018 live di RTM


Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.



"Mungkin esok," katanya ditemui selepas Mesyuarat Kabinat kedua di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan.

Semalam Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

Sumber - HMetro
'Piala Dunia 2018 live di RTM 'Piala Dunia 2018 live di RTM Reviewed by Beruang Viral on 2:06:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.