'Saya tabik, anda selamatkan negara' - Robert Kuok


Individu terkaya Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, mengangkat tangan menabik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana menyelamatkan negara.

Dalam petikan video pendek yang dimuat naik di laman Facebook oleh Kelab Chedet, kedengaran Robert Kuok berkata, "...Saya tabik. Anda menyelamatkan negara. Sudah tentu dengan bantuan Daim," katanya merujuk kepada Tun Daim Zainuddin, rakannya dalam Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).



Dengar apa Mr Robert Kuok cakap dekat YAB Dr Mahathir Mohamad dalam kunjungan beliau ke Pejabat Perdana Menteri petang tadi! Robert Kuok adalah salah seorang Council of Eminent Person
Posted by Kelab Che Det on Wednesday, May 23, 2018




Kata-kata itu disambut dengan ketawa oleh Dr Mahathir sebelum menjawab, "... tetapi saya juga perlu bantuan anda sekarang."

Bilionair berusia 94 tahun itu turut mengangkat tangan memberi tabik kepada Dr Mahathir ketika mengucapkan kata-kata itu dalam satu perjumpaan di Perdana Putra di sini, semalam.

Robert Kuok, yang kini menetap di Hong Kong, buat pertama kali menghadiri mesyuarat MPK semalam, selepas dinamakan sebagai salah seorang daripada lima anggota majlis terbabit pada 12 Mei lalu.

Gambar Robert Kuok memegang tangan dan memeluk Daim yang kini berusia 80 tahun, sudah menjadi viral di media sosial selain turut dipaparkan di dada akhbat tempatan.

MPK diketuai Daim, yang juga bekas Menteri KEwangan, dan dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai EKsekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.

Sumber - Berita Harian
'Saya tabik, anda selamatkan negara' - Robert Kuok 'Saya tabik, anda selamatkan negara' - Robert Kuok Reviewed by Beruang Viral on 8:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.