'Tak jadi masalah berlakon dengan suami orang'


Pelakon, Farah Nabilah, tidak menganggap pengalaman bergandingan buat julung kali dengan aktor berstatus suami orang sebagai cabaran besar untuknya.


Digandingkan dengan bintang sensasi, Aliff Azizz,27, dalam Halalkan Hati Yang Kucuri, pelakon yang meledak dengan drama Titian Cinta itu juga tidak berasakan segala kontroversi pernah melanda artis lelaki terbabit memberikan tekanan buat dirinya.


"Sebelum ini, saya digandingkan dengan pelakon lelaki yang belum berkahwin. Kiranya, bersama Aliff, inilah projek drama pertama saya berlakon di samping aktor yang sudah berumahtangga. Begitupun, ia bukanlah masalah besar buat saya.


"Aliff sendiri seorang yang mudah untuk diajak berbincang, mengenai apa yang boleh dan sebaliknya apabila kami beraksi depan kamera.




"Perbincangan itu nyata memudahkan kami meraih kata sepakat. Kami tiada maslaah untuk berlakon bersama walaupun isterinya (Bella Astillah) berada di set penggambaran," katanya.



Menerusi drama berkenaan, Farah mengaku, watak Delisha Daud byang dipegangnya begitu mencabar emosi dan kemampuannya sebagai pelakon.



"Saya memilih cerita ini kerana watak Delisha memerlukan saya bermain dengan banyak karekter. Delisha dilahirkan dalam keluarga kaya dan membapat apa saja yang diinginkan olehnya. Semua itu membuatkannya berlagak, bongkak dan memandang rendah kepada orang lain.



"Delisha juga suka menghina insan lain. Hendak dijadikan cerita, karma datang kepadanya. DIa akhirnya jatuh miskin hingga menjadi gelandangan. Jika hendak tahu kisah selebihnya, kenalah tengok drama araha Hashim Rejab ini bermula 22 MEi, yang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3," katanya.



Kata Farah lagi, pada mulanya dia berasakan watak Aisy yang dilakonkan dalam Titian Cinta, bersama Zul Ariffin, sudah begitu berat untuknya.


"Namun ternyata, watak dalam drama terbaru ini lebih mencabar. Bagaimanapun, ia bukanlah kisah cinta, sebaliknya naskhah yang sarat dengan drama dan cerita kehidupan," katanya.


Ketika ini, Farah 26, sibuk di lokasi pengambaran drama kandungan berjenama berjudul Ms Emoji Mr Data.


Sumber - BH Online
'Tak jadi masalah berlakon dengan suami orang' 'Tak jadi masalah berlakon dengan suami orang' Reviewed by Beruang Viral on 4:01:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.