'Terbantut kekangan RM3,000'


Bagi meluahkan rasa kecintaan pada tanah air dan pemimpin negara, tiga sahabat kini dalam proses melakukan persiapan untuk menghasilkan grafiti gergasi wajah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun usaha pereka grafik, Mohd Fahmi Mohammad Fabillah,36, bersama dua rakan iaitu Abdul Qoyyum Mohd Nadzri,15 dan EMy Falizal FAidzul, 42, terbantut berikutan kekangan kewangan untuk menghasilkan grafiti berukuran 4 meter x 12 meter yang dirancang.

Mengikut perancangan tiga sahabat itu becadang melukis grafiti berkenaan pada dinding jejambat Kota Warisan, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampirang Dengkil.



Mohd Fahmi berkata, usaha itu juga bertujuan membuaktikan ketaatan dan kecintaan mereka kepada kedia-dua tokoh berkenaan yang bertanggungjawab membina Malaysia Baru.

"Selepas berbincang timbul idea untuk luahkan rasa itu menerusi karya di dinding. Selain wajah kedua-dua tokoh itu kami bercadang untuk memasukkan perkataan New Malaysia (Malaysia Baru).

"bagaimanapun, kos untuk tampung pembelian penyembur , cat dan berus dianggarkan RM3,000 masih belum cukup, jadi kami terpaksa tangguh projek ini meskipun bersemangat untuk memulakannya," katanya.

Katanya, setiap kali selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka akan menhasilakn grafiti bertemakan pemimpin parti politik termasuk Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dia menjangkakan akan mengambil masa seminggu untuk menyiapkan grafiti berkenaan agar berkualiti dan sempurna pada dinding.

Berikutan itu, Mohd Fahmi berharap ada individu atau pihak korporat sudi membanti mereka unutk menyiapkan projek itu yang dijangka dimulakan minggu depan.

Sumber - HMetro


'Terbantut kekangan RM3,000' 'Terbantut kekangan RM3,000' Reviewed by Beruang Viral on 10:05:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.