Mordric mengalahkan CR dengan anugerah Ballon d'Or 2018


Bintang tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric dinobat pemenang anugerah Ballon d'or 2018, awal pagi tadi sekali gus merobek dominasi selama sedekat oleh Cristiano Ronalda dan Lionel Messi untuk anugerah berprestij berkenaan.

Penyerang Juventus dan pemenang edisi 2017, Ronaldo berada di kedudukan kedua manakala penyerang Atletico Medrid dan Perancis, Antoine Griezmann ketiga.

Pemain muda Perancis dan Paris St Gremain, Kylia Mbappe yang turut meraih anugerah Kopa bagi pemain bawah 21 terbaik berada di kedudukan keempat diikuti penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Modric, 33, cemerlang membantu Real menjulang gelaran ketiga berturut-turut Liga Juara-Juara pada Mei lalu sebelum mengetuai Croatia melangkah ke final Piala Dunia di Russia tetapi tewas 4-2 kepada Perancis.



"Ia perasaan yang unik. Saya gembira dan amat berbangga, emosi saya bercampur baur ketika ini, sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata," kata Modric yang memakai tuxedo ketika menerima anugerah berkenaan daripada bekas penyerang Perancis, David Ginola.

"Satu penghormatan untuk berada di sini bersama semua pemain ini. Saya masih cuba untuk sedar yang saya kini sudah menjadi sebahagian daripada kumpulan pemain yang menakjubkan untuk memenangi Billon d'Or sepanjang sejarahnya."

Modric yang menyertai Real dari Tottenham Hotspur pada 2012 dan dilaporkan bernilai AS$45.40 jtua (RM189.11 juta) dikritik hebat pada musim pertamanya di BErnabeu dan dinamakan pembelian terburuk oleh undian yang dibuat akhbar Sepanyol, Marca.

Tetapi perancang tengah kreatif itu mula menampilkan magisnya ketika di Spurs selepas ketibaan Jose Mourinho yang memberinya tugas di bahagian tengah berbanding di posisi menyerang ketika dia mula menyertai kelab berkenaan.



Modric berkata perubahan itu yang pertama kali dicadangkan oleh Harry Redknapp di Tottenham mengubah prestasinya.

"Perubahan posisi banyak membantu dalam karier saya. Saya kebiasaannya bermain dengan corak menyerang. Apabila saya berada sedikit belakang, saya boleh membaca permainan dengan lebih baik dan menunjukkan kreativiti saya."

Sebagai rekod, Modric menjadi pemain Croatia pertama memenangi Ballon d'Or selain memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada Oktober lalu.

Sementara itu, penyerang Lyon dan Norway, Ada Hegerberg memenangi anugerah sama bagi wanita selepas membantu kelabnya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah Wanita dengan meledak gol ketika kemenangan 4-1 ke atas Vfl Wolfsburg di final.

Sumber - AFP
Mordric mengalahkan CR dengan anugerah Ballon d'Or 2018 Mordric mengalahkan CR dengan anugerah Ballon d'Or 2018 Reviewed by Beruang Viral on 10:22:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.