Seorang gadis sewa hotel selama 4 hari sampai pengurus hotel pengsan lihat biliknya.


Pelanggan yang bermaslaah selalunya merupakan mimpi buruk bagi pengurus hotel. Beberapa hari lalu, seorang gadis muda check in di sebuah hotel.

pengurus hotel itu mendapati bahawa gadis itu tidak keluar bilik hotel selama 4 hari berturut-turut. Walaupun gadis tu ada memanggil makanan hantar ke bilik dia setiap hari, tetapi tidak pernah lihat dia keluar bilik membuang sampah dan tidak membenarkan cleaner masuk bilik dia untuk membersihkan bilik.




Boleh lihat ada banyak sampah di merata-rata dalam bilik. Tempat tidur dan lantai semua berada dalam keadaan yang berselerak. Udara dalam bilik dipenuhi dengan bau makanan, yang sangat menjijikkan.



Polis menemui gadis muda tu di sudut bilik. Gadis tu kelihatan sangat letih, seolah-olah dia tidak pernah berehat selama beberapa hari.

Oleh sebab tiba-tiba depannya muncul banyak orang, gadis tu terkejut dan pengsan serta merta.

Apabila gadis muda itu bangun, baru semua orang tahu hal sebenar. Rupanya gadis muda itu adlaah anak perempuan orang kaya. Ibu bapanya selalu bagi dia banyak duit.

Tetapi ibu bapanya sangat sibuk dengan kerja, tidak mempunyai masa untuk menjaga dan teman dia, hanya memberi duit yang banyak kepada dia setiap bulan.

Oleh sebab hubungan dengan ibu bapa tidak baik, dia sangat kesepian sejak kecil dan tidaksuka bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain.




Dia biasanya suka menulis novel, tetapi tidak mempunyai banyak kawan, dan tidak terlalu gembira dengan rakan sekelasnya.

Baru-baru ini, rakan sekelasnya yang tinggal di asrama dengannya balik rumah dan tidak balik ke asrama disebabkan cuti yang panjang.

Oleh itu gadis tu tinggal di hotel dan menulis novel siang dan malam. Apabila dia lapar, dia memanggil makanan yang boleh hantar ke biliknya. Selepas makan, dia terus menulis dan meneruskan tulis novelnya selama beberapa hari berturut-turut.

Bilik hotel yang bertukar menjadi tempat sampah hanya dalam beberapa hari, buat pengurus hotel tu geleng kepala, tetapi mujurlah gadis muda tu tidak mengalami apa-apa yang tidak diingini. Jika tidak, mereka benar-benar menghadapi masalah.

Sumber - dharian.com
Seorang gadis sewa hotel selama 4 hari sampai pengurus hotel pengsan lihat biliknya. Seorang gadis sewa hotel selama 4 hari sampai pengurus hotel pengsan lihat biliknya. Reviewed by Beruang Viral on 5:44:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.