Tun Siti Hasmah Sebak


Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada hari ini menitikan air mata ketika melihat keadaan anggota Jabtan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu.

Beliau yang tiba jam 9.50 pagi, sempat mendengar sendiri penerangan daripada doktor pakar yang merawat Muhammad Adib mengenai keadaan dan perkembangan terkini anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan KEcemasan (EMRS) balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Whid, berkata Dr Siti Hasmah turut meluangkan masa dengan ahli keluarga Muhammad Adib.

"Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit mendengar taklimat daripada doktor pakar untuk mengetahui perkembangan terkini berkaitan rawatan yang dijalankan.

"Tun Dr Siti Hasmah mendoakan Adib segera sembuh dan berharap pihak keluarga bersabar atas kejadian yang berlaki ini." katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siti Hasmah disambut Timbalan Pengarah JBPN Kuala Lumpur, Abu Obaidat Mohamad dan wakil pegawai kanan IJN, Datuk Dr Ezani Md Taib serta keluarga Muhammad Adib.

Mohamad Hamdan berkata, Siti Hasmah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IJN yang bertungkus-lumus merawat Muhammad Adib selain menghargai kakitangan JBPN yang bertugas di IJN kerana menguruskan dan memastikan kebajikan keluarga Muhammad Adib sepanjang tempoh rawatan.

"Pada masa sama, beliau sempat berpesan kepada semua anggota bomba supaya berhati-hati dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.



Dalam kejadian jam 1 pagi Selasa lalu, Muhammad Adib yang pergi ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya bersama pasukannya, dilaporkan cedera diserang perusuh.

Beliau yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS dikatakan ditarik keluar oleh kumpulan perush sebelum dipukul.

Sumber- BH Online
Tun Siti Hasmah Sebak Tun Siti Hasmah Sebak Reviewed by Beruang Viral on 2:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.