'Bukan Sebab Makan Makanan Laut Jadi Macam Ini'


Menghidp penyakit ekzema adalah mimpi ngeri bagi penghidapnya terutamanya di bahagian jari jeari tangan atau kaki. Segala rutin harian yang perlu dilakukan penuh dengan kesakitan dan jika pengerakan terlalu kasar, ia boleh menyebabkan merekah dan berdarah.

Pelbagai produk skincare yang dijual di pasaran, kebanyakannya tidak dapat merawat penyakit ini, sebaliknya hanya memberi sedikit kelegaan buat sementara sahaja. Ada yang berkata penyakit ini berlaku kerana menghidapnya tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan sebagainya.

Berkongsi pengalama menghidap penyakit ekzema, Puan Zaiazrien Akhmar menjelaskan ia tiada kaitan dengan pemakanan, sebaliknya sentuhan adan penyakit ekzema ini adalah pelbagai jenis. Adalah penting untuk mengetahui jenis ekzema yang dihadapi dan dapatkan rawatan dari doktor pakar kulit yang terbaik seperti yang disarankan oleh Puan Zaiazrien Akhmar. Semoga bermanfaat.


Loading...

Terpanggil untuk berkongsi tentang penakti ekzema memandangkan ramai yang bertanya ubat apa yang saya pakai. Alhamdulillah sekarang semakin pulih.

Sebenarnya dah enam bulan tanggung gatal-gatal yang mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang dari sedia maklum adalah sabun.

Permulaan menjadi seperi bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil 'kulat air'. Waktu itu ingatkan gatal biasa-biasa sahaja dan beli ubat di farmasi. Tetapi semakin lama semakin teruk. Selepas satu jari, berjangkit pula ke satu jari.

Disebabkan tak tahan gatal sangat, saya pergi berjumpa dengan pakar kulit tetapi tetap tak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah. Jangan cakap kering je, sampai berdarah. Nak drive nak basuh pinggan dan nak memasak pun tak ada mood. Gatal dia 'Ya Allah', nauzubillah memang tak boleh tahan.




Kos rawatan di klinik pakar kulit bukan murah. Hampir enam bulan ini mencecah RM2,000 untuk berubat sahaja tetapi masih belum pulih.

Atas desakan suami, memang tak tahan sangat saya cuba pergi ke Hospital Columbia yang ada pakar kulit terbaik di area Seremban dan saya ditahan wad selama lima hari untuk di pantau supaya luka di tangan itu kering dan tak berdarah seperti biasa.

Doktor Najeeb adalah doktor terbaik. Semua info tentang penyakit ekzema dia terangkan dan ekzema katanya ada banyak jenis. Ekzema yang saya hadap adalah jenis Dyshidrotik Dermititis yang menyebabkan tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembab, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kacil, kegatalan di tepi-tepi jari dan kaki.

Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, mera, kupas, bersisik dan juga berasa sakit dan biasanya kaum wanita lebih mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Jadi, korang yang mengalami benda yang sama , yang nampak bintik air gatal mula tumbuh di tangan atau kaki, elok berubat cepat sebelum terlambat. Tangan nak pakai lama.

Alhamdulillah feeling better now dan Dr Najeeb beritahu ekzema ini akan berulang kali kalau kita tidak menjaga apa yang kita pegang/sentuh dan this is not about food! Tak ada kene mengena makan sotong atau ayam ke, udang ke.

Di bawah ini saya tunjukkan prosedur perubahan Dr Najeeb pada saya. Semoga memberi mandaaf kepada semua. InsyaAllah.


Masa ni tangan da teruk giler Tengah tggu dr najeeb approve admitted





Masa ni tangan da teruk giler Tengah tggu dr najeeb approve admitted





Nampak x? Sampai isi kulit pon nampak Bygkn dia punye pedih mcm mana Teruk giler lepastu busuk xyh nak ckp Air air dia keluar tu busuk❗️


Merekah2 tangan bukan 1 jari je tpi 5 jari kene Nak thumprint cop jari pon dah tak boleh


Ni sampai berdarah sebab dah merekah n kulit kering


Ni hari ke 5 warded alhamdulillahh yg kering tu semua da baik


Hari ke 3 - Tinggal mengelupas n dah tak gatal


Hari ke 3- tengok yg gambar permulaan yg ats jari ni smpai terkopek kn? N lepas rawatan alhamdulillahhh mengelupas je


Hari ke 2 - merah2 masa ni baru lepas sapu cream


Hari 1- warded


Hari 2- yg isi terkopek n merekah tu slow2 baik


Perbezaan before n after Berbeza kan???


Ni antara ubat cream + washing foam utk tgn Cetaphil cleanser- utk kerap basuh tgn n cuci tgn guna Daivobet- cream utk mlm Cloderm- utk pagi Ceradan-utk petang


Dr najeeb ahmad The best skin doctor Korg try lahhh Semua jenis kulit boleh try❗️


Ni utk ubt makan

Sumber : Zaiazrien Akhmar


'Bukan Sebab Makan Makanan Laut Jadi Macam Ini' 'Bukan Sebab Makan Makanan Laut Jadi Macam Ini' Reviewed by Beruang Viral on 1:52:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Ad Home

Loading...
Dikuasakan oleh Blogger.